Wednesday , 20 November 2024
Home Nasional Anwar tegur tindakan negatif pembangkang
Nasional

Anwar tegur tindakan negatif pembangkang

Anwar tegur tindakan negatif pembangkang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 September-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan pemimpin pembangkang yang dilihat cuba mempengaruhi penyokong dengan sentimen negatif terhadap kepimpinannya.

Perdana Menteri juga menempelak sikap pembangkang yang tidak mencerminkan nilai-nilai Islam, dengan menabur fitnah serta melontarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan.

\”Tak payah jerit tengok penyokong-penyokong dia turun..memanglah turun, kamu (pembangkang) itu turun dahulu banjir pon tidak terurus.. muka ini juga nak pergi tolong esok. Kita boleh tolong sebab apa, sebab ekonomi terurus.. sebab dalam susah payah pun kalau orang miskin, saya tidak pernah jawab tidak ada wang,\” katanya dalam ucapansemasa Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat di sini.

Beliau menegaskan, pembangkang terus menggunakan naratif negatif untuk menentang usaha Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya.

Beliau juga berkata pihak pembangkang seperti tidak tahu isu semasa kerana mengatakan ekonomi Malaysia hancur di bawah pimpinan Anwar.

\”Kalau dengar ceramah, termasuk sekarang, mahkota ekonomi kita sudah hancur. Ekonomi apa ini, ekonomi Afrika? Ringgit kita lemah, kamu tak baca surat khabar ke? Tak ikuti perkembangan? Sebab itu saya kata, hukum pertama dalam reformasi adalah kesedaran maklumat yang betul, yang dipertahankan berdasarkan ilmu. Hukumnya adalah reformasi ekonomi. Ambil tahu tentang ekonomi, jangan jahil..baca!,\” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengingatkan ahli parti agar tidak melupakan asas penubuhan KEADILAN dan tidak terperangkap dalam sikap angkuh ketika memegang kuasa.

Beliau menekankan pentingnya mengenang pengorbanan pejuang terdahulu dalam usaha menegakkan keadilan dan melawan rasuah.

\”Jangankan padam sejarah. Sejarah mengajar kita. Kita ada kuasa jangan lalai dengan kuasa. Ada pegang amanah menteri dan Ahli Parlimen pelbagai jawatan jangan lupa asas perjuangan kita. Sekarang kita bertapak..alhamdulilah dengan kerjasama kawan-kawan kita dalam Kerajaan Perpaduan…kita telah berkuasa hampir dua tahun, dan segala dengan rasa penuh tawaduk, rendah diri saya katakan percayalah kita buat sedaya upaya kita,\” kata Anwar.

Sementara itu, himpunan tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dalam kalangan menteri.

Selain melihat kejayaan pimpinan Perdana Menteri, sokongan generasi muda jelas menjadi bukti Anwar kekal mendapat tempat di hati masyarakat.

Turut disuarakan adalah perubahan drastik yang harus dilakukan segera demi kemakmuran negara.

\”Jangan luntur semangat untuk bawa perubahan.. jangan kita didendang dan didodoi dengan keindahan jawatan dan kuasa, tapi kita perlu bekerja lebih keras selepas 26 tahun berhasrat untuk berubah, dan hari ini kita berupaya, kita harus lakukan,\” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

\”Alhamdulillah kita nampak golongan muda lebih terbuka untuk terima dan cuba faham dasar yang dibawa perjuangan reformasi selama ini. Ini lembaran baru sebenarnya terutama sekali sekarang, kita ada dalam situasi berbeza, ini bukan lagi masa untuk sekadar teriak reformasi,\” kata Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

\”Rakyat masih berasa semangat.. hangat malam tersebut, jadi itulah cetus semangat perjuangan angkat Anwar menjadi Perdana Menteri pada hari ini..dan saya yakin semangat itu akan diteruskan dan gerak kerja juga akan dimantapkan,\” kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Bertemakan \”Dari Reformasi ke Malaysia MADANI\”, ia dianjurkan bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lepas.

Antara pengisian perhimpunan itu adalah penceritaan sejarah gerakan reformasi, bacaan sajak, teater ringkas dan ucapan pemimpin-pemimpin reformasi.

Lebih 10,000 orang hadir pada perhimpunan berkenaan.

Selain itu, generasi muda antara yang lantang bersuara dan mahukan legasi kepimpinan Anwar dipertahan.

\”Anwar banyak menolong rakyat, kami generasi muda ini.. memang terbaiklah sebab Anwar dengar suara orang muda dan seluruh rakyat Malaysia,\” kata orang awam, Abu Jaki Abu Bakar.

\”Alhamdulillah hari ini yang saya tengok semangat anak muda ini memang semangat membara, semangat ini yang kita mahu, untuk generasi yang akan datang. Semoga anak muda yang datang ini teruskan bersemangat,\” kata orang awam, Ahmad Mokhtar Hasan.

\”Malam ini kita datang sebenarnya kita meraikan rakan dan otai reformasi kita dan kita nak ambik semangat tersebut. Kita juga mahu memastikan pemimpin muda dan perintis muda dalam parti ini dan lampirkan dalam gerak kerja perjuangan parti kita,\” kata orang awam, Mohd Ehsan Mad Nasir.

BERITA BERKAITAN:

  • Gerakan reformasi lalui pelbagai dugaan sepanjang 26 tahun – Fahmi
  • ASEAN antara subrantau paling aman di peringkat global, ekonomi
  • Lebih 10,000 orang hadir Himpunan Keadilan

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...