Home Nasional Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan
Nasional

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump, selepas pelantikan rasmi Trump sebagai Presiden ke-47 negara itu.

Dalam ucapan tahniah yang disampaikan melalui catatan di Facebook hari ini, Anwar menyatakan hasratnya untuk memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan AS.

\”Presiden Trump membawa pendekatan unik dalam menangani cabaran domestik dan global, seperti yang terbukti melalui peranan pentingnya dalam membantu (pelaksanaan) gencatan senjata Gaza walaupun sebelum pelantikannya secara rasmi.

\”Malaysia dan AS memiliki hubungan teguh yang saling melengkapi dan berorientasikan masa depan. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Presiden Trump bagi memperkukuh hubungan ini,\” katanya.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Anwar turut mengundang Trump ke Malaysia, sambil mengesahkan semula komitmen baharu AS terhadap rantau Asia Tenggara.

\”Malaysia bersedia bekerjasama dalam keutamaan bersama seiring dengan usaha pentadbiran Trump untuk mencipta era baharu yang lebih gemilang buat Amerika,\” tambah Anwar.

Trump secara rasmi mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS bagi penggal kedua pada Isnin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....