Home Nasional Anwar sambut ulang tahun kelahiran ke-77
Nasional

Anwar sambut ulang tahun kelahiran ke-77

Anwar sambut ulang tahun kelahiran ke-77

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu hantaran di Facebook memuat naik serangkap pantun dan ucapan hari lahir kepada Anwar.

\”77 angka keramat,
Iltizam membara seiring usia,
Moga teguh memikul amanat,
Allah berkati hidup bahagia.

\”Selamat ulang tahun kelahiran buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,\” katanya.

PMO turut memuat naik video berdurasi 2 minit 49 saat yang merangkumkan ucapan selamat hari lahir daripada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta jemaah menteri.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengulang siar hantaran berkenaan di Facebook miliknya dengan ucapan terima kasih.

\”Thank you,\” tulisnya ringkas di Facebook sebagai membalas hantaran yang dimuat naik PMO.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...