Home Nasional Anwar rakam penghargaan kepada Mohd Zuki
Nasional

Anwar rakam penghargaan kepada Mohd Zuki

Anwar rakam penghargaan kepada Mohd Zuki

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas perkhidmatan dan bakti yang dicurahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bakal bersara secara rasmi esok.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar menitipkan doa agar Mohd Zuki terus berjaya selepas berkhidmat sebagai penjawat awam selama 32 tahun.

\”Terima kasih, moga terus sukses dalam perjalanan hidup seterusnya dan diberkati Yang Maha Esa,\” kata Anwar.

Anwar turut memberikan sokongan kepada KSN baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang bakal memulakan tugas pada Isnin depan.

Beliau berharap dasar-dasar kerajaan terus dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan negara.

BERITA BERKAITAN:

  • Shamsul Azri dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...