Wednesday , 12 February 2025
Home Nasional Anwar puji tindakan Khazanah tetap gaji minimum
Nasional

Anwar puji tindakan Khazanah tetap gaji minimum

Anwar puji tindakan Khazanah tetap gaji minimum

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan Khazanah Nasional Bhd menetapkan gaji minimum sekurang-kurangnya pada paras RM 3,000 sebulan untuk 500 pekerja bawah naungannya.

Beliau berharap semua syarikat swasta mencontohi komitmen Khazanah dalam memastikan pekerja mendapat pendapatan setimpal.

\”Khazanah tahniah kerana sementara berbangga dengan catatan kemajuan sebegitu rupa, telah dapat menjamin gaji minimum RM3,000 sebulan.

\”Ini melibatkan jumlah besar 113,000 kakitangan syarikat swasta belajar daripada Khazanah. Keuntungan harus dicatat namun jangan ibarat kata-kata pujangga Indonesia, jangan sambil membangun, kita robohkan. Kita catat keuntungan tapi robohkan nilai anak bangsa bekerja dengan kita,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional di ibu negara.

Anwar berkata langkah Khazanah itu juga selaras dengan pengumumannya baru-baru ini mengenai pelarasan gaji penjawat awam untuk menerima pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Dalam pada itu selain mengambil kira keuntungan syarikat, nasib pekerja juga perlu diberi keutamaan dan perlu menekankan aspek nilai serta keadilan.

Anwar menjelaskan keseimbangan berkenaan perlu diterapkan demi kesejahteraan syarikat dan pekerja.

\”Pimpinan politik jangan campur urusan perniagaan dan perdagangan termasuk dalam Khazanah apa saya lakukan danPengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd DatukAmirul FeisalWan Zahir dalam pengurusan untuk meletakkan dasar. Selain itu mengingatkan pembangunan itu harus menekankan nilai dan keadilan.

\”Selain memastikan keuntungan syarikat, nasib pekerja juga penting,\” katanya lagi.

Related Articles

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet
Nasional

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet

Usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu pertindihan fungsi akan...

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah
Nasional

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah

FOTO PEJABAT DUN INDERA KAYANGANKANGAR, 12 Februari- Lebih 1,000 masyarakat Cina di...

Maritim Malaysia terima kapal induk baharu buatan Turkiye
Nasional

Maritim Malaysia terima kapal induk baharu buatan Turkiye

Foto Maritim MalaysiaPUTRAJAYA, 12 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)...

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri
Nasional

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri

Anwar Ibrahim / Foto RTMPUTRAJAYA, 12 Februari- Semua kementerian dan agensi kerajaan...