Home Nasional Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri
Nasional

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri

Anwar Ibrahim / Foto RTM

PUTRAJAYA, 12 Februari- Semua kementerian dan agensi kerajaan perlu mempercepatkan persiapan pelaksanaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) pada awal Mac.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelaksanaan sistem itu perlu digerakkan dengan pantas, termasuk diperluaskan ke peringkat negeri.

\”Saya lihat barisan begitu panjang sampai ke kedai hanya untuk menunggu memperbaharui pasport dan soal-soal lain.

\”Hal-hal ini berkaitan dengan reformasi institusi, namun ia tidak melihat kesannya.

\”Ia terputus daripada dasar yang kita bentangkan dengan manfaat secara langsung dalam kalangan rakyat.

\”Semua kementerian melaksanakan sebaik mungkin, namun ukuran akhirnya adalah majoriti rakyat.

\”Saya gesa supaya pembayaran ini dipercepatkan dari unjuran jadual April kepada awal Mac,\” katanya pada Majlis Peluncuran Sistem iPayment di sini, hari ini.

Tambah beliau, inisiatif itu bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan mengurangkan birokrasi yang membebankan rakyat.

Sistem iPayment merupakan sistem terimaan elektronik bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk digunakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan.

Setakat ini, antara kementerian yang telah mengaplikasikan sistem berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...