Home Nasional Anwar lawatan kerja ke Brunei esok sempena rundingan ALC ke-25
Nasional

Anwar lawatan kerja ke Brunei esok sempena rundingan ALC ke-25

Anwar lawatan kerja ke Brunei esok sempena rundingan ALC ke-25

Gambar diambil ketika menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada ALC ke-24 tahun lalu/Foto PMO

KUALA LUMPUR, 24 Ogos –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Brunei Darussalam bagi menghadiri Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam (ALC) ke-25, mulai esok.

Dalam lawatan ini, Perdana Menteri akan diiringi oleh beberapa menteri kanan termasuk Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Turut serta dalam delegasi ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Laila Jasa Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Datuk Seri Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta beberapa pegawai kanan kerajaan.

\”Perdana Menteri dan Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, akan mengkaji kemajuan kerjasama dua hala serta isu-isu tertunggak antara kedua-dua negara.

\”Selain itu, kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, di samping menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala,\” menurut kenyataan Wisma Putra hari ini.

Rundingan ALC dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara Malaysia dan Brunei, yang ditunjangi oleh institusi Kesultanan Melayu serta persamaan dalam budaya, bahasa, dan warisan.

Pada tahun lepas, Brunei Darussalam merupakan rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan rakan dagang ke-6 terbesar dalam kalangan anggota ASEAN dengan jumlah dagangan berjumlah
RM9.31 bilion (USD2.04 bilion).

Jumlah eksport ke Brunei Darussalam pada tahun 2023 bernilai RM6.4 bilion (USD1.4 bilion), manakala jumlah import bernilai RM2.91 bilion (USD0.64 bilion).

\”Jumlah lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia, bernilai RM3.49 bilion (USD0.76 bilion).

\”Dalam tempoh Januari hingga Mei 2024, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM3.53 bilion,\” menurut kenyataan itu lagi.

BERITA BERKAITAN:

  • Persahabatan peribadi Anwar, Sultan Brunei bantu percepat perancangan kedua-dua negara
  • PM Anwar menghadap Sultan Brunei, bincang kemajuan kerjasama dua negara

Related Articles

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian
Nasional

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan -Foto BERNAMAVIENTIANE, 11 Oktober– Pendekatan diplomatik...

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA
Nasional

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/FailKLANG, 11...

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela
Nasional

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Foto Fail/BERNAMASEREMBAN, 11 Oktober– Nasib kanak-kanak bawah Global Ikhwan Services and Business...

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja
Nasional

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada...