PUTRAJAYA, 19 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau PuTERA 35.
Ia bertujuan menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi dan meningkatkan taraf serta kualiti hidup bumiputera sekali gus merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.
\”Dasar bumiputera di Malaysia ini dasar afirmatif untuk memiliki merenung tentang keadaan kita dan keadilan tetapi tidak pernah mengetepikan kedudukan India, Cina Apa lagi suku kaum bumiputera, orang asli iaitu Sabah dan Sarawak
\”Saya harap rakan-rakan termasuk dalam agensi bumiputera jangan mengetepikan sebab itu pendekatan baru kita. Apabila kita bicarakan soal miskin tegar dia tidak lihat dari segi kaum yang tergolong bawah kategori miskin tegar itu harus dibantu,\” katanya.
PUTERA 35 menggariskan tiga teras, iaitu memperkukuh ekonomi negara, memperteguh kerukunan tadbir urus dan institusi serta menegakkan keadilan sosial.
Sementara itu Anwar turut menegaskan pembangunan dan pemacuan ekonomi seharusnya melibatkan penyertaan semua tanpa mengira kaum.
Keadilan sosial perlu mendasari kerangka pembangunan bagi memastikan agenda pemerkasaan dapat dilaksana.
\”Negara harus dipacu dengan tahap kelajuan lebih meyakinkan, pada masa sama pemacuan ini tidak harus meminggirkan mana mana pihak. Tetapi pimpinan dan masa beredar menuntut generasi memikir langkah lebih berkesan dengan kerangka pemikiran.
\”…bahawa pemacuan ekonomi harus mendapat penyertaan seluruh rakyat tanpa meminggirkan mana-mana suku kaum, wilayah. Ini cabaran kita,\” katanya.
Dalam pada itu pelaksanaan PuTERA35 akan terus dipantau iabagi memastikan setiap agensi yang diamanahkan tidak culas dalam menjayakan PuTERA35.
\”Semua agensi kerajaan dan syarikat kerajaan Termasuk Khazanah, Permodalan Nasional berhad (PNB), Petronas walaupun jauh lebih asing dan bebas.
\”Tetapi semua kemukakan kerangka bagaimana kita harus sepadankan dasar kerajaan dan ekonomi MADANI untuk mengangkat kelembaban ekonomi,\” katanya.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.