Home Nasional Anwar jumpa Putin, KL perkukuh kerjasama dengan Moscow
Nasional

Anwar jumpa Putin, KL perkukuh kerjasama dengan Moscow

Anwar jumpa Putin, KL perkukuh kerjasama dengan Moscow

Datuk Seri Anwar berjabat tangan dengan Putin / FOTO PMO

VLADIVOSTOK, 4 September-Kuala Lumpur sedia bekerjasama dengan Moscow bagi memperkukuh kerjasama yang sedia terjalin.

Usaha terbabit akan terus dipergiat terutama ketika Malaysia menggalas peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Kesediaan memperkukuh hubungan dinyatakan Perdana Menteri ketika mesyuarat dua hala bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Datuk Seri Anwar beri jaminan peranan selaku Pengerusi ASEAN akan dimainkan sebaiknya demi pengukuhan ekonomi negara dan serantau.

\”Kami di ASEAN mengalu-alukan penyertaan Rusia untuk bekerjasama. Kami memiliki pasaran terbuka yang khusus dalam bidang semikonduktor dan beberapa lagi rantaian. Saya sedia untuk bekerjasama dengan anda dan pasukan.

\”Selaku Pengerusi ASEAN tahun hadapan, saya beri jaminan memastikan rakan negara serantau yang lain akan mengambil pendirian sama untuk memperkukuh kerjasama dengan Rusia,\”katanya.

Selain penerokaan bidang baharu kerjasama dalam sektor sedia ada akan terus diperkukuh.

Ini termasuk kerjasama perdagangan dan pelaburan serta TVET.

Turut diberi perhatian sektor pertanian dan keterjaminan makanan serta pelancongan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...