Home Nasional Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Nasional

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru agar himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, untuk diadakan pada masa dan situasi yang lebih sesuai.

Ini bagi memastikan himpunan tersebut tidak mengganggu perjalanan lawatan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia.

“Saya tidak menghalang jika ada pertemuan atau mahu menyerahkan memorandum kepada Menteri Pertanian. Silakan, tetapi tetapkan masa yang sesuai.

\”Namun, saya tidak bersetuju sama sekali jika ada perhimpunan yang boleh mengganggu perjalanan dan urusan rasmi negara, terutamanya yang melibatkan negara sahabat seperti lawatan Presiden Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Perdana Prof Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, di sini malam ini.

Anwar turut menambah bahawa beliau telah meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, untuk bersedia mendengar, menemui, serta menerima memorandum daripada golongan pesawah sekiranya terdapat tuntutan yang ingin dikemukakan.

“Sekiranya mahu mengadakan perhimpunan aman, itu tidak menjadi masalah. Namun, jangan mengambil kesempatan untuk mengganggu majlis rasmi negara,” tambah beliau.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....