Friday , 15 November 2024
Home Nasional Anwar gesa kesepakatan komuniti antarabangsa usir Israel daripada PBB
Nasional

Anwar gesa kesepakatan komuniti antarabangsa usir Israel daripada PBB

Anwar gesa kesepakatan komuniti antarabangsa usir Israel daripada PBB

Foto Youtube

KUALA LUMPUR, 11 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara Arab dan seluruh masyarakat Islam mencari persetujuan bersama ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tegasnya, kearah itu seluruh dunia perlu menghukum dan menghalang pelanggaran berulang yang dilakukan Israel terhadap undang-undang dan norma antarabangsa.

Anwar menjelaskan pendiriannya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab Islam di Riyadh, Arab Saudi.

\”Demi kepentingan bukan sahaja rakyat Palestin tetapi juga kemanusiaan secara keseluruhan, kita harus menghukum dan menghalang pencabulan berulang Israel terhadap undang-undang dan norma antarabangsa. Oleh itu kita perlu membina kesepakatan ke arah menggantung atau menyingkirkan Israel daripada PBB,\” katanya.

Turut hadir pemimpin negara-negara Arab, termasuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Anwar berkata Israel tidak lagi layak berada dalam komuniti negara-negara bertamadun dan kebiadabaannya menuntut tindakan tegas untuk melindungi bukan sahaja Timur Tengah tetapi juga keseluruhan sistem global.

Beliau berkata Israel kini telah menyerang pusat talian hayat masyarakat antarabangsa untuk Palestin dengan menyasarkan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin ((UNRWA).

\”Dengan menghalang UNRWA daripada beroperasi, Israel menyebabkan kemusnahan tindak balas kemanusiaan dunia, memutuskan cara paling asas untuk kelangsungan hidup di Gaza bagi mereka yang telah kehilangan begitu banyak.

\”Kita mesti menghentikan pembunuhan kejam yang berterusan ini dan mengambil langkah segera untuk memberikan perlindungan yang lebih berkesan kepada UNRWA.

\”Begitu juga, kita mesti memberi perlindungan yang lebih baik kepada pasukan pengaman PBB di Lubnan yang terdiri daripada hampir 50 negara termasuk Malaysia yang mana turut menjadi sasaran serangan ganas oleh tentera Israel,\” katanya.

Anwar memberi amaran bahawa jika dunia gagal bertindak, keganasan ini tidak akan terhad di kawasan tertentu, sebaliknya, ia akan mencetuskan api yang boleh merebak, membahayakan seluruh kawasan dan lebih jauh lagi kerana jejak kekejaman Israel telah pun merebak ke Lubnan, Yemen, Syria, Iraq dan Iran.

Perdana Menteri mengakui di sebalik cabaran besar yang dihadapi oleh dunia Islam dan Ummah, terdapat usaha yang patut dipuji dan berterusan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri keganasan, kemusnahan dan penderitaan rakyat Palestin.

Beliau juga menekankan bahawa akhirnya, mangsa adalah keutamaan utama dan usaha untuk membantu membina semula Gaza daripada kemusnahan perlu dipergiatkan dan dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan.

\”Kita mesti meletakkan satu garisan, bukan hanya sebagai umat Islam tetapi sebagai sesama manusia, bersatu dan berpegang kepada satu kebenaran yang mudah, harapan untuk dunia yang lebih selamat dan lebih penyayang untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang,\” kata Perdana Menteri.

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...