Home Nasional Anwar, Erdogan tekankan solidariti Palestin bersempena Aidilfitri
Nasional

Anwar, Erdogan tekankan solidariti Palestin bersempena Aidilfitri

Anwar, Erdogan tekankan solidariti Palestin bersempena Aidilfitri

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim/ FACEBOOK Presidency of the Republic of Türkiye

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin dalam perbualan telefon sempena Aidilfitri semalam.

Dalam perbualan itu, Perdana Menteri menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada Presiden Erdogan dan keluarganya serta menzahirkan penghargaan atas hubungan dua hala Malaysia-Turkiye yang semakin kukuh terutama susulan lawatan Presiden Turkiye ke Malaysia baru-baru ini.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan situasi di Palestin dengan Perdana Menteri menegaskan kebimbangan terhadap serangan Israel yang semakin meningkat ketika umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

\”Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang,\” kata Anwar dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden Erdogan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan menekankan kepentingan perpaduan antarabangsa dalam menentang agresi Israel.

Selain itu, Perdana Menteri turut menerima jemputan daripada Presiden Erdogan untuk berkunjung ke Turkiye dalam masa terdekat.

\”Semoga persahabatan erat kedua-dua yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah,\” ujar Anwar.

Related Articles

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Nga kor Ming / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR,...

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini

FOTO BERNAMASUBANG JAYA, 2 April- Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan...

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈) PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000...

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah
Nasional

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah

Foto BERNAMAJOHOR BAHRU, 2 April-Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor...