Home Nasional Anwar ajak rakyat contohi budaya maju Korea Selatan
Nasional

Anwar ajak rakyat contohi budaya maju Korea Selatan

Anwar ajak rakyat contohi budaya maju Korea Selatan

Foto Pejabat Perdana Menteri

SEOUL, 25 November– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat supaya melihat bagaimana Korea Selatan yang pada satu ketika dahulu mundur kini bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia.

Jelas beliau, Korea Selatan yang pernah melalui perang saudara tidak pernah mengalah malah bangkit dengan semangat tinggi untuk maju dalam segenap aspek.

Katanya Malaysia sebagai negara yang akrab dengan Korea Selatan juga pernah menghulurkan bantuan kepada republik berkenaan sebelum ini.

\”Rombongan dari Korea datang belajar tentang pembangunan dari Malaysia, ini kenyataannya.

\”Sebab itu, Presiden Korea tadi agak besar hati menyatakan tidak akan lupa jasa Malaysia di peringkat awal membantu mereka dalam keadaan parah, mundur selepas perang saudara sekian lama,\” kata Anwar.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Korea Selatan yang diadakan di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Pada majlis makan malam berkenaan yang dihadiri kira-kira 300 rakyat Malaysia, Anwar turut menekankan bagaimana budaya tempatan yang ada dalam kalangan rakyat Korea Selatan seperti ingin belajar tentang sains, teknologi serta pendidikan pembangunan perlu diikuti rakyat Malaysia.

Tambahnya, Malaysia juga perlu banyak belajar dari Korea Selatan untuk menjadi sebuah negara yang maju dengan menolak rasuah dan mengamalkan tatakelola yang baik dalam segenap aspek.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....