Home Nasional Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Keir Starmer di London
Nasional

Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Keir Starmer di London

Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Keir Starmer di London

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Britain, Keir Starmer (kanan) / Foto RTM

LONDON, 15 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Keir Starmer, di No. 10, Downing Street, London.

Anwar tiba di pejabat Perdana Menteri Britain pada pukul 1 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Selepas pertemuan tersebut, mesyuarat delegasi Malaysia dan United Kingdom berlangsung dengan penyertaan beberapa menteri dari Malaysia, termasuk Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz.

Turut hadir, wakil dari Kementerian Luar.

Bagi pihak United Kingdom, mesyuarat itu dihadiri oleh Keir Starmer, pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, David Wallace; Setiausaha Sulit Hubungan Luar UK, Ailsa Terry dan Penasihat Pertahanan Nasional, Jonathan Powell.

Pertemuan dan mesyuarat yang berlangsung selama 15 minit itu membincangkan beberapa isu utama, termasuk hubungan diplomasi, pelaburan, ekonomi, dan pertahanan.

Ia juga merangkumi peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, terutama dalam konteks hubungan ASEAN-UK.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....