Home Nasional Anjung Utara Selangor dijangka terima lebih sejuta pelancong
Nasional

Anjung Utara Selangor dijangka terima lebih sejuta pelancong

Anjung Utara Selangor dijangka terima lebih sejuta pelancong

Foto RTM

SEKINCHAN, 14 Disember-Lebih sejuta pelancong domestik dan antarabangsa dijangka akan mengunjungi Anjung Utara Selangor bersempena dengan Tahun Melawat Selangor 2025.

Exco Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, berkata kawasan Anjung Utara Selangor, yang meliputi Kuala Selangor hingga Sabak Bernam, menawarkan pelbagai tarikan unik yang sesuai untuk dikunjungi.

“Anjung Utara Selangor adalah antara destinasi yang sangat menarik. Contohnya, Sky Mirror yang bukan sahaja menarik pelancong domestik tetapi juga pelancong antarabangsa.

\”Saya sempat bertemu pelancong yang datang ke sini, dengan majoriti dari China, Singapura, dan Hong Kong,” katanya semasa program Fam Trip bersama media anjuran Pejabat Exco Pelancongan dan Tourism Selangor di sini.

Program selama tiga hari yang bermula semalam itu membawa pengamal media melawat beberapa lokasi menarik seperti Sky Mirror di Kuala Selangor, Galeri Padi, Pantai Redang, dan Kapal Terbang Sekinchan, selain Kelip-Kelip Sungai Panjang di Sabak Bernam.

Selangor menyasarkan kehadiran 8 juta pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....