Home Nasional Anjakan baharu kerajaan demi kesejahteraan negara – PM
Nasional

Anjakan baharu kerajaan demi kesejahteraan negara – PM

Anjakan baharu kerajaan demi kesejahteraan negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

VIENTIANE, 9 Oktober – Perubahan dan anjakan yang dilakukan kerajaan ketika ini perlu dilaksanakan demi kesejahteraan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia secara amnya telah menerima hakikat bahawa negara tidak boleh berada di tahap lama dan perubahan perlu dilakukan segera.

\”Orang bicara tentang anjakan, tapi tidak ramai yang faham dan cuba melaksanakan anjakan itu kerana jika tidak dilakukan perubahan yang lebih bermakna dan lancar, kita akan kembali kepada keadaan ekonomi yang muram dan lembab. Kalau tanya saya, sekarang dah ada kestabilan politik, jadi kita gunakan peluang ini untuk perbaiki tatakeloka,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama delegasi Malaysia yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, di sini.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tambah Anwar, pelaksanaan dasar kerajaan yang jelas ketika ini melibatkan pelbagai industri, telah berjaya meyakinkan para pelabur untuk terus melabur di Malaysia.

Namun, katanya, masih ada ruang untuk memperbaiki tadbir urus agar Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....