Home Nasional Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah

Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 April- Seramai 254 orang daripada 88 keluarga terjejas banjir di Johor, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan tidak berubah berbanding pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan daerah Batu Pahat, dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah berkenaan.

Selain Johor, Sabah turut terjejas dengan banjir.

Di Sabah, seramai 131 orang daripada 29 keluarga kekal berada di PPS, setakat ini.

\”Ia membabitkan Kinabatangan. Hanya satu PPS dibuka di daerah berkenaan,\” menurut kenyataan tersebut.

Related Articles

Agong terima mengadap Perdana Menteri di Istana Negara
Nasional

Agong terima mengadap Perdana Menteri di Istana Negara

Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara/Foto Sultan Ibrahim Sultan...

Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran
Nasional

Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 6 April- Mengeluarkan air yang bertakung di kawasan kawah...

Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat 254 orang
Nasional

Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat 254 orang

Foto APMBATU PAHAT, 5 April– Angka penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan...

Malaysia dilantik Ahli Suruhanjaya Pendudukan dan Pembangunan
Nasional

Malaysia dilantik Ahli Suruhanjaya Pendudukan dan Pembangunan

Foto hiasanPUTRAJAYA, 5 April– Malaysia berjaya dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Penduduk dan...