Home Nasional Anggota wanita APM cedera, ambulans terbabit kemalangan
Nasional

Anggota wanita APM cedera, ambulans terbabit kemalangan

Anggota wanita APM cedera, ambulans terbabit kemalangan

FOTO IPD KUALA LANGAT

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Polis mengesahkan menerima laporan kes kemalangan jalan raya membabitkan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Jalan Garuda, Batu 9 Kebun Baru, Telok Panglima Garang, petang semalam.

Nahas dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.15 petang melibatkan ambulans APM dan sebuah motolori kren.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motorlori kren yang dipandu dari Jalan Merak menuju ke arah Klang telah berhenti di persimpangan tiga di Jalan Garuda.

\”Semasa sedang menunggu untuk keluar simpang, ambulans APM dari arah Rimbayu menuju ke Sijangkang yang sedang bergerak terus telah melanggar bahagian besi kren atas motor lori kren tersebut yang terjulur ke hadapan di laluan ambulans.

\”Akibat daripada perlanggaran itu ambulans APM mengalami kerosakan di bahagian belakang,\” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Mohd Akmalrizal, kedua-dua pemandu motorlori kren dan pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan.

Manakala penumpang ambulans yang duduk di bahagian belakang, wanita berumur 20-an mengalami kecederaan di bahagian muka dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Banting.

Kes disiasat dan diklasifikasi bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987.

\”Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes: Insp Mohd Sohairi Manaf (Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kuala Langat) di talian 019- 9993077 atau 03-31872222,\” kata Mohd Akmalrizal.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...