Home Nasional Anggota trafik parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas
Nasional

Anggota trafik parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas

Anggota trafik parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas

Anggota trafik yang cedera parah dilanggar pemandu mabuk di Jalan Pantai, Johor Bahru semalam

JOHOR BAHRU, 15 Julai- Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS sedang membuat kawalan lalu lintas susulan kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas di lorong kanan tempat kejadian.

\”Bagaimanapun, ketika proses penundaan dilakukan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri sebelum melanggar anggota berkenaan yang sedang berdiri di sebelah kiri trak tunda.

\”Akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak ke atas cermin hadapan kereta Proton Wira tersebut dan kemudian melambung sebelum terjatuh di tengah jalan,\” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, pemandu mabuk iaitu lelaki tempatan berusia 30-an hanya mengalami luka pada tangan kiri.

\”Hasil ujian pernafasan ke atas pemandu tersebut mendapati dia positif alkohol, manakala ujian saringan air kencing pula negatif daripada sebarang jenis dadah.

\”Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan,\” katanya.

Polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian itu agar tampil ke IPD JBS bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...