Home Nasional Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu
Nasional

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu

Anas Baihaqi ditemui selamat di rumah saudararanya di Chukai, Terengganu.

KUANTAN, 5 Mei – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan, Pahang yang dilaporkan hilang semalam, telah dijumpai pagi tadi dalam keadaan selamat di rumah saudaranya di Chukai, Terenganu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis telah mengesan keberadaan Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, di rumah saudaranya pada 7 pagi tadi.

\” Kita telah jalankan siasatan dan menemuramah keluarga dia di Kuantan ini dan penuntut lelaki ini ada lari ke rumah keluarga dan alhamdulillah pagi tadi kita dapat mengesan penuntut ni, pukul 7 pagi tadi , \” katanya.

Semalam, media melaporkan mangsa telah keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga, dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Dia disedari hilang oleh ibunya kira-kira 4 petang semalam, selepas mendapati remaja itu tidak berada di dalam bilik tidur.

Siasatan polis mendapati mangsa sebelum ini pernah menyuarakan keengganan untuk pulang ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

Remaja itu turut membawa kasut sukan, beg galas sekolah dan wang tunai kira-kira 200 ringgit.

Related Articles

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir
Nasional

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz...

Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut...

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat Mohd Faizal Mohd Nor ditemui terapung petang semalam.BATU PAHAT, 5 Mei...

838 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah berperingkat
Nasional

838 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah berperingkat

Sebahagian daripada 838 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah diberi sambutan...