Home Nasional Amirudin mahu kekal teraju Selangor, tunai janji untuk rakyat
Nasional

Amirudin mahu kekal teraju Selangor, tunai janji untuk rakyat

Amirudin mahu kekal teraju Selangor, tunai janji untuk rakyat

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 13 Ogos– Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari lebih selesa, kekal menerajui Selangor berbanding dilantik sebagai menteri pada peringkat pusat.

Jelasnya, setakat ini, beliau tidak mendengar apa-apa berita berkaitan dirinya akan ditarik keluar dari Selangor untuk membarisi kabinet pada peringkat pusat.

\”Setakat ini, tiada apa-apa khabar lagi yang singgah ke telinga saya. Untuk kelangsungan pelan yang kita buat ini, saya lebih memilih untuk kekal bagi memastikan semua rancangan di Selangor, dapat realisasikan apa yang kita janjikan.\”

\”Kalau tidak nanti pengubahsuaian berlaku, mungkin akan memberi kesan kepada prestasi semasa kerajaan negeri,\” kata Amirudin kepada pemberita hari ini, pada Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor 2024.

Beliau mengulas mengenai dakwaan salah seorang Menteri Besar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi menteri.

Datuk Seri Amirudin bagaimanapun, akur sebagai ahli yang patuh, dengan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pucuk pimpinan parti pada masa akan datang.

\”Setakat ini, tiada rombakan barisan Exco Negeri memandangkan Selangor telah memiliki pasukan yang mantap. Barisan Exco telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bekerjasama antara satu sama lain namun perlu memperbaiki prestasi masing-masing,\” tambahnya.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...