Home Nasional Ambulans terbalik di simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim
Nasional

Ambulans terbalik di simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim

Ambulans terbalik di simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim

Foto Polis

KULIM, 23 November – Sebuah ambulans swasta terbalik selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Lebuh Hi Tech, simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim, malam tadi.

Bagaimanapun, ambulans tersebut tidak membawa pesakit dan hanya pemandu serta pembantu perubatan berada di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Zulkifli Azizan menerusi kenyataan berkata, siasatan polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 8.20 malam, ketika ambulans yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dalam penugasan dari sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Pulau Pinang ke Hospital Kulim.

\”Sebaik tiba di lampu isyarat simpang tiga Hospital Kulim, ambulans itu membelok masuk sebelah kanan sambil bunyikan siren dan menyalakan lampu \’beacon\’ dan pada masa sama, ketika itu lampu isyarat berwarna merah.

\”Namun secara tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 19 tahun dari arah bertentangan dan melanggar di bahagian belakang sisi sebelah kiri ambulans terbabit,\” kata Zulkifli.

Beliau memaklumkan, kes disiasat bawah Rule 17 LN 166/59 dan pihaknya sudah merakam percakapan pemandu van ambulans itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....