Thursday , 5 December 2024
Home Nasional Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di utara
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di utara

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di utara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Oktober– Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan hingga pukul 1.00 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan amaran tersebut juga melibatkan beberapa daerah di negeri Perak.

\”Perak- Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang\”, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, ribut petir juga dijangka melanda Terengganu yang melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).

Manakala, di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Kapit (Song dan Kapit) manakala di Sabah, ia meliputi kawasan Nabawan dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan).

Related Articles

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi...

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM
Nasional

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM

Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama \’sprmmalaysia\’ yang dikongsi SPRMKUALA LUMPUR,...

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda...

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah
Nasional

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah

Foto MetMalaysiaKUALA LUMPUR, 5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di...