Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Al-Sultan Abdullah titah usaha rehabilitasi hidupan marin terus diperkasa
Nasional

Al-Sultan Abdullah titah usaha rehabilitasi hidupan marin terus diperkasa

Al-Sultan Abdullah titah usaha rehabilitasi hidupan marin terus diperkasa

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) melabuhkan gerabak LRT pertama di Malaysia di \’Monkey Bay\’

ROMPIN, 13 Julai- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar usaha rehabilitasi ekosistem hidupan marin di Pulau Tioman perlu terus diperkasa pihak bertanggungjawab.

Perkara itu termasuk usaha memelihara terumbu karang semula jadi dan memperbanyakkan aktiviti melabuhkan tukun tiruan yang akan menjadi habitat kepada pelbagai spesies hidupan marin.

Selain menjadi habitat kepada hidupan marin, kewujudan pelbagai jenis tukun tiruan dilihat berupaya menjana ekonomi penduduk setempat dalam aspek perlancongan serta menjadi lokasi tumpuan aktiviti selam skuba.

\”Saya harap dengan terbinanya tukun ini akan menjadikan eko marin sistem di sekeliling Pulau Tioman bertambah baik dan saya mengalu-alukan banyak lagi usaha untuk kita merehabilitasikan tukun yang sudah mati di pulau ini.

\”…dan saya harap pihak penguatkuasaan juga perlu adakan satu pengawasan rapi terhadap tukun yang ada di Pulau Tioman ini,\” titah baginda pada Majlis Pelancaran Malaysian Book of Records First LRT Coach Reef di Pulau Tioman di sini.

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) apabila melabuhkan tukun gerabak LRT pertama di Malaysia di \’Monkey Bay\’.

Program tersebut adalah untuk memperkenalkan tapak terumbu baru yang akan dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah sebagai usaha meningkatkan kelestarian biodiversiti marin dengan menyediakan kawasan pembiakan ikan dan hidupan marin lain.

Turut mengiringi baginda, Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Cetusan idea Al Sultan Abdullah itu bertujuan bagi menjaga populasi habitat marin di Pulau Tioman atas kekayaan persekitaran marin dan kepentingan strategik sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Pahang.

Turut mengiringi baginda, Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu Pegawai MBOR Siti Hajar Johor berkata, pengiktirafan itu dinilai melalui kategori bangunan dan struktur, yang turut mengambil kira aspek keselamatan di dasar laut dan bebas daripada bahan yang boleh mencemarkan air dan memberi kesan kepada hidupan marin.

\”Kiranya untuk koc LRT ini memang yang pertama untuk program bawah air, sebelum ini kita ada helikopter selepas itu glob untuk dijadikan tukun,\” katanya.

Usaha menenggelamkan dua gerabak LRT di Monkey Bay, Tioman telah berlangsung pada 9 dan 10 Julai lalu.

Program itu turut melibatkan 60 penyelam yang diketuai oleh Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah.

Pulau Tioman dipilih sebagai lokasi meletakkan tukun tiruan itu kerana kekayaan persekitaran marinserta kepentingan strategik sebagai destinasi pelancongan utama di Pahang.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...