Home Nasional Aktiviti penyelewengan, KPDN Johor sita 2,750 kg minyak masak paket
Nasional

Aktiviti penyelewengan, KPDN Johor sita 2,750 kg minyak masak paket

Aktiviti penyelewengan, KPDN Johor sita 2,750 kg minyak masak paket

Foto Ihsan KPDN

JOHOR BAHRU, 2 Ogos– Sebanyak 2,750 kilogram (kg) minyak masak paket disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor di sebuah premis di sekitar Jalan Sri Purnama, Pandan, Johor Bahru, kelmarin.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata serbuan dilakukan setelah menerima aduan daripada Pasukan Polis Marin Johor Bahru berkaitan aktiviti penyelewengan minyak masak paket.

Pemeriksaan di premis tersebut menjumpai 2,150 bungkusan minyak masak seberat satu kilogram, yang telah dikoyak dan kandungan dipercayai dimasukkan ke dalam tiga buah tangki.

Selain itu, 600 paket minyak masak seberat satu kilogram yang belum dibuka, turut dijumpai dalam premis itu.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen untuk menyimpan dan memasarkan minyak masak.

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua minyak paket ditemui dan sebuah lori turut disita dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM21,750.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....