Home Nasional Aktiviti pembersihan hutan untuk pertanian punca kejadian kepala air
Nasional

Aktiviti pembersihan hutan untuk pertanian punca kejadian kepala air

Aktiviti pembersihan hutan untuk pertanian punca kejadian kepala air

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad/Foto RTM

IPOH, 26 Ogos-Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad tidak menolak kemungkinan kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village Jumaat lalu berpunca daripada aktiviti pembersihan kawasan untuk tujuan pertanian.

Menurut Saarani, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Jelasnya, siasatan berkenaan akan tertumpu kepada Kebenaran Merancang (KM) dan pematuhan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

\”Sekarang sudah ada satu syarat wajib, mana-mana orang yang nak membangunkan tanah, nak buat ladang dia kena buat KM.

\”Dahulu KM untuk pembinaan, tetapi sekarang hendak memotong pokok pun kena ada KM…jadi dia sepatutnya mematuhi syarat itu dan hantar permohonan KM kepada PLAN Malaysia.

\”EIA tu sepatutnya dibuat la, kalau dia gagal, dia kena denda atas kesalahan itu, apa lagi kalau kita menjadi penyebab kepada banjir,\” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-52 di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting di Ulu Slim dilaporkan pecah menyebabkan kejadian kepala air yang mengakibatkan 175 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), di samping 21 orang terperangkap di Taman Eko RISDA sebelum berjaya diselamatkan bomba keesokan harinya.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...