Home Nasional Akta Saraan Hakim Syarie perlu diwujudkan segera – PM
Nasional

Akta Saraan Hakim Syarie perlu diwujudkan segera – PM

Akta Saraan Hakim Syarie perlu diwujudkan segera – PM

Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 15 Julai- Kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan institusi Mahkamah Syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat keperluan yang tinggi bagi mewujudkan keseimbangan antara skim perkhidmatan kehakiman syariah dan perkhidmatan sivil.

Jelas Anwar, ketika ini, skim perkhidmatan syariah mengikut skim biasa di bawah perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

\”Insya-Allah, kita minta Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) segerakan untuk diangkat supaya Akta Saraan Hakim Syarie dapat ditingkatkan.

\”Saya ini mudah saja, berunding baik-baik, selesai,\” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Konvensyen Memartabatkan Perundangan Syariah Di Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Anwar, cadangan itu dipertimbangkan bagi memastikan tiada lagi pandangan yang merendahkan status Hakim Syarie, sekali gus diharapmemberi kekuatan dan keberanian kepada mereka untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...