Saturday , 8 February 2025
Home Nasional Akta Kawalan Produk Merokok 2024 berkuat kuasa esok
Nasional

Akta Kawalan Produk Merokok 2024 berkuat kuasa esok

Akta Kawalan Produk Merokok 2024 berkuat kuasa esok

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang diwartakan pada 2 Februari lalu, akan berkuat kuasa bermula esok / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 September – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang diwartakan pada 2 Februari lalu, akan berkuat kuasa bermula esok bersama dengan peraturan dan perintah di bawahnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan penguatkuasaan Akta 852 akan melibatkan beberapa aspek yang dikuatkuasakan secara serta-merta dan berperingkat, termasuk penjualan produk merokok yang menarik perhatian kanak-kanak dan remaja, bagi mengurangkan akses kepada produk tersebut.

\”Peruntukan lain yang akan dikuatkuasakan segera termasuk larangan pengiklanan, promosi, dan tajaan produk merokok, serta larangan penjualan di institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.

Bagi pendaftaran produk merokok, penguatkuasaan pendidikan akan dilakukan selama enam hingga 12 bulan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 April 2025. Pembungkusan dan pelabelan produk akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya 1 Oktober 2025, manakala kawalan jualan dan pameran di kaunter jualan akan bermula selewat-lewatnya pada 1 April 2025,\” menurut KKM menerusi kenyataan.

KKM menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang memerlukan kerjasama dan persefahaman dari semua pihak, dan akan menerbitkan bahan pendidikan serta meneruskan sesi libat urus dengan pihak industri berkaitan pematuhan Akta 852.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan Akta 852 boleh diajukan di talian 03-8892 4552 atau melalui WhatsApp di talian 010-860 8949 pada Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...