Home Nasional Akta Iltizam Kecekapan Kerajaan, kurangkan kerenah birokrasi
Nasional

Akta Iltizam Kecekapan Kerajaan, kurangkan kerenah birokrasi

Akta Iltizam Kecekapan Kerajaan, kurangkan kerenah birokrasi

Rafizi Ramli

PUTRAJAYA, 27 Ogos- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi akan melancarkan Akta Iltizam Kecekapan Kerajaan menjelang akhir tahun ini.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, dengan akta tersebut, ia membolehkan keseluruhan proses kerajaan diselarikan berkaitan dengan prosedur pengurusan perniagaan.

\”Keputusan kerajaan ialah komitmen memudah cara perniagaan. Kita akan mengambil langkah melalui satu akta.

\”…dan akta ini akan memberi garis panduan ataupun parameter kepada kerajaan mengenai komitmen kita untuk memudah cara karenah birokrasi,\” katanya kepada pemberita selepas melancarkan 2024 OECD Economic Surveys Malaysia, di sini.

Menurut Rafizi, cadangan pembentukan akta tersebut telah dibentang di Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) sebanyak dua kali iaitu Mac dan Ogos lalu.

Mengenai OECD Economic Surveys Malaysia, beliau berkata, laporan ekonomi yang dikeluarkan OECD membolehkan Kementerian Ekonomi dan agensi lain melakukan penanda aras dalam sektor tertentu.

Menurutnya, semasa perbincangan awal dengan OECD tahun lepas Kementerian Ekonomi meminta agar dilakukan penelitian mendalam termasuk membandingkan dasar dan amalan di negara lain berkenaan dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sementara itu cadangan untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Rafizi berkata, dasar ketika ini memberi keyakinan kepada pasaran dan pelabur bahawa kerajaan serius untuk meneruskan tumpuan mengukuhkan fiskal.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...