Home Nasional AISSE'25, inisiatif perkukuh keselamatan negara
Nasional

AISSE'25, inisiatif perkukuh keselamatan negara

AISSE'25, inisiatif perkukuh keselamatan negara

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 Januari– Penganjuran Asia International Security Summit & Expo 2025 (AISSE\’25) mampu tingkatkan inisiatif kerajaan perkukuh keselamatan negara secara dinamik.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, manfaat daripada perkongsian ilmu dan teknologi dalam aspek keselamatan melalui acara itu akan dimanfaat dan disesuaikan dengan polisi sedia ada untuk pelaksanaannya kelak.

\”Bukan sekadar pameran tetapi ia akan menjadi pemangkin, pencetus kepada perkongsian strategik antara kerajaan dengan industri. Kita akan beri fokus kepada
penyelesaian keselamatan termasuk dalam bidang keselamatan siber.

Teknologi pemantauan canggih dan peralatan ketenteraan yang bukan sahaja memperkukuh keselamatan tetapi juga memacu pertumbuhan ekonomi.

AISSE\’25 adalah usaha kolektif untuk mempromosikan keselamatan, perpaduan dan inovasi. Ambil peluang ini untuk memanfaatkan potensi kerjasama, perkongsian idea dan membina perkongsian strategik,\” kata Datuk Seri Saifuddin kepada pemberita selepas meninjau persiapan AISSE\’25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),hari ini.

Lebih 300 syarikat daripada 48 negara akan mempamerkan pelbagai teknologi keselamatan terkini pada acara itu.

Ia termasuk penglibatan 109 syarikat tempatan dan dijangka menarik kehadiran lebih 5,000 pelawat perdagangan serta 1,000 peserta seminar.

Tambah Datuk Seri Saifuddin, penganjuran acara itu dilihat penting sebagai usaha berterusan untuk mengangkat kedudukan negara dalam indeks keamanan global seperti Global Peace Index 2024 yang kini meletakkan Malaysia di tangga ke-10.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....