Home Nasional Air pasang besar: Kampung Besar sekali lagi dilanda banjir
Nasional

Air pasang besar: Kampung Besar sekali lagi dilanda banjir

Air pasang besar: Kampung Besar sekali lagi dilanda banjir

FOTO APM BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU, 19 Oktober- Seramai 100 penduduk daripada 25 keluarga di Kampung Besar, Mukim Bagan Samak, dekat sini, Kedah terpaksa mencari tempat perlindungan lebih selamat selepas kediaman mereka dinaiki air akibat fenomena air pasang besar yang melanda kawasan itu pagi tadi.

Ini merupakan kejadian kedua selepas insiden pertama pada Khamis lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin memaklumkan bahawa fenomena air pasang besar berlaku pada pukul 5.20 pagi.

Anggotanya telah melakukan pemantauan awal di kampung berkenaan dan mendapati 25 kediaman dimasuki air dengan Sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk menjadi punca kejadian banjir. Namun, trend paras air pada pagi tadi menunjukkan penurunan yang agak perlahan.

Dua buah pam air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga digunakan bagi menyedut limpahan air.

Tiga keluarga telah dipindahkan ke rumah saudara mara terdekat dan setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan itu.

Pemantauan bersama pelbagai agensi dan jabatan dilakukan secara berterusan.

Beliau juga menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko agar sentiasa berwaspada sekiranya air pasang berlaku dan berpindah ke lokasi lebih selamat.

Selain Bandar Baharu, beberapa kawasan di Alor Setar termasuk Kuala Kedah turut dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....