Home Nasional Air pasang besar di Perlis cecah 3.7 meter, tertinggi tiga tahun
Nasional

Air pasang besar di Perlis cecah 3.7 meter, tertinggi tiga tahun

Air pasang besar di Perlis cecah 3.7 meter, tertinggi tiga tahun

Keadaan banjir akibat fenomena air pasang besar di Lorong Rakyat di Kuala Perlis, Perlis malam tadi

KUALA PERLIS, 19 Oktober- Fenomena air pasang besar di Perlis mencatatkan ketinggian 3.7 meter, tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sekali gus menjejaskan 1,577 buah rumah di sekitar Kuala Perlis serta beberapa premis perniagaan.

Penduduk, Siti Zaharah Md Yatim menyatakan, \”Dapur saya ditenggelami air setinggi lutut, manakala di ruang depan rumah parasnya mencecah buku lali… barang seperti peti ais tak sempat diselamatkan, semua rosak.\”

Bagi peniaga pula, mereka menghadapi cabaran besar dengan kerugian yang terpaksa ditanggung akibat kurangnya pengunjung.

Seorang peniaga, Zarina Kasim berkata, \”Keadaan seperti ini memang menjejaskan perniagaan. Jika berlaku pada waktu malam, masih boleh diurus, tetapi jika siang, terutama Jumaat hingga Ahad ketika ada pelancong, perniagaan terhenti kerana pelancong enggan masuk dalam keadaan sebegini.\”

Sementara itu, pihak berkuasa termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa menjalankan rondaan bagi memastikan keselamatan masyarakat.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...