Home Nasional Air pasang besar di Kuala Perlis, dua PPS dibuka
Nasional

Air pasang besar di Kuala Perlis, dua PPS dibuka

Air pasang besar di Kuala Perlis, dua PPS dibuka

Foto JKM Perlis

KUALA PERLIS, 18 Oktober – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di buka, di sini berikutan kejadian air pasang besar.

Pengarah JKM Perlis Ku Chik Ku Mat Esa dalam kenyataan berkata, PPS yang dibuka ialah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini dengan menempatkan seramai 165 penduduk daripada 49 keluarga.

\”Penduduk yang ditempatkan di IKBN Kuala Perlis dari enam buah kampung iaitu Kampung Tanah Baru, Kampung Pulau Ketam, Kampung Hujung Tanjung, Kampung Seberang Alor, Kampung Baru Bukit Tok Po dan Kampung Bahagia,\” katanya.

Sebuah lagi PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai telah diaktifkan bermula pukukl 8.00 malam tadi berikutan IKBN Kuala Perlis tidak mampu menampung pertambahan penduduk yang akan dipindahkan.

Ini berikutan diramalkan air pasang besar yang akan berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi nanti dijangka mencecah ketinggian hingga 3.7 meter

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis kini siap siaga sepenuhnya bagi membantu memindahkan penduduk yang terjejas dengan air pasang besar sepanjang laluan Kuala Perlis hingga Kuala Sanglang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....