Home Nasional Aidilfitri: LLM jangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama
Nasional

Aidilfitri: LLM jangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama

Aidilfitri: LLM jangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama

Pergerakan trafik keluar dari ibu kota dijangka meningkat bermula 27 Mac berikutan cuti sekolah tambahan pada 2 hingga 4 April

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.77 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun berkata, jumlah itu adalah unjuran trafik tertinggi sepanjang tempoh perayaan tahun ini, selaras dengan pergerakan pulang ke kampung halaman oleh orang ramai.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2.158 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS sepanjang tempoh puncak.

\”Manakala, 216 ribu di Lebuhraya KL–Karak; 156 ribu di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1; 70 ribu di Pantai Timur Fasa 2 dan 174 ribu di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Kerajaan MADANI telah mengumumkan pemberian potongan tol 50 peratus kepada semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) bermula 28 Mac pukul 12.01 tengah malam sehingga 29 Mac, pukul 11.59 malam.

\”Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).

Katanya, pergerakan trafik keluar dari ibu kota dijangka meningkat bermula 27 Mac berikutan cuti sekolah tambahan pada 2 hingga 4 April.

\”Aliran trafik kembali ke ibu kota pula dijangka melonjak semula bermula 5 dan 6 April ini,\” katanya.

Bagi memastikan kelancaran trafik, beberapa langkah telah diambil termasuk memastikan tiada penutupan lorong lebuh raya oleh syarikat konsesi kecuali bagi kerja kecemasan mulai 24 Mac hingga 7 April.

Selain itu, LLM turut mengaktifkan laluan ‘smart lane’ di 28 lokasi dikenal pasti, melaksanakan kutipan tol berlapis di plaza yang merekodkan trafik tinggi, serta memastikan semua kemudahan seperti tandas, parkir dan kawasan rehat berada dalam keadaan terbaik.

Pihak LLM juga bekerjasama dengan pengusaha stesen minyak serta syarikat pembekal untuk memastikan bekalan bahan api mencukupi sepanjang tempoh perayaan.

\”Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia,\” katanya.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...