Home Nasional AI kunci daya saing negara – TPM Fadillah
Nasional

AI kunci daya saing negara – TPM Fadillah

AI kunci daya saing negara – TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober – Kecerdasan buatan (AI) bukan hanya sekadar alat untuk meningkatkan produktiviti, tetapi juga berupaya memacu pertumbuhan mampan dan inklusif dalam pelbagai sektor dan industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia melihat AI sebagai kunci untuk meningkatkan daya saing negara melalui penerokaan teknologi itu secara menyeluruh, termasuk di peringkat global.

\”AI adalah kunci ke arah peningkatan produktiviti dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan cara yang belum pernah dibayangkan sebelum ini. Di Malaysia, kami komited sepenuhnya untuk meletakkan diri kami sebagai peneraju serantau dalam bidang AI dan inovasi digital,\” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Pan-Pacific Economic Forum Malaysia 2024 di ibu negara.

Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj turut hadir mencemar duli ke forum tersebut.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bukit Jalil Global Acquisition 1 Ltd (BUJAU), Dr Neil Foo.

Forum bertemakan \”Pelaburan dan AI dalam Dunia Yang Sentiasa Berubah\” anjuran BUJAU itu menampilkan pembentang dalam kalangan syarikat global merentas pelbagai sektor.

Fadillah turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan pelabur baharu sebagai rakan kongsi dalam menerokai peluang ekonomi berasaskan AI.

Beliau turut menggesa bank-bank global, pakar teknologi, dan pelabur yang hadir di forum tersebut untuk mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....