Home Nasional Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Presiden Indonesia
Nasional

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Presiden Indonesia

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Presiden Indonesia

Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia baharu

KUALA LUMPUR, 20 Oktober-Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia baharu, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mendoakan agar hubungan serumpun kedua-dua negara terus diperkukuh dan berkembang dengan lebih erat bawah kepimpinan baharu.

\”Tahniah saya ucapkan kepada Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto yang telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ke-8 hari ini.

\”Tahniah juga kepada Saudara Gibran Rakabuming Raka atas pelantikan sebagai Wakil Presiden Indonesia.

\”Insya-Allah, kita akan terus berusaha bersama untuk membina masa depan yang lebih baik demi kesejahteraan dan kemajuan rakyat kedua-dua negara,\” katanya.

Dalam pada ituMenteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan juga mengucapkan ucapan sama kepada Prabowo.

Mohamad menerusi satu hantaran di Facebook turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

\”Saya doakan agar ikatan serumpun Malaysia-Indonesia semakin utuh atas pelantikan ini. Insya-Allah.

\”Ribuan tahniah kepada Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ke-8 sebentar tadi.

\”Tahniah juga kepada Gibran Rakabuming Raka selaku Wakil Presiden Indonesia,\” katanya.

Prabowo, 73, merupakan Presiden Indonesia ke-8 selepas memenangi Pilihan Raya Presiden 2024 pada 14 Februari lalu dengan memperoleh 59 peratus undi.

Beliau, bersama-sama Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, 37, berjaya menewaskan pencabar mereka, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo masing-masing meraih kira-kira 25 peratus dan 16 peratus undi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....