Home Nasional Ahmad Husaini dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen baharu
Nasional

Ahmad Husaini dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen baharu

Ahmad Husaini dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen baharu

Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali yang bertukar ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri pada tarikh sama.

Anak jati Bota, Perak itu memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ahmad Husaini memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 24 April 2000 dan pernah berkhidmat di Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sebelum ini Ahmad Husaini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp pada 4 Oktober 2023.

\”Dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki beliau, diyakini akan dapat menggalas tanggungjawab untuk terus membangunkan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi legislatif yang berkesan, bertanggungjawab serta telus di semua peringkat,\” katanya.

Warga Parlimen Malaysia turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahmad Husaini atas pelantikan itu serta meluahkan penghargaan kepada Muhamad Zamani atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Parlimen Malaysia.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...