Home Nasional Ahli UMNO perlu terima politik semasa- Ahmad Zahid
Nasional

Ahli UMNO perlu terima politik semasa- Ahmad Zahid

Ahli UMNO perlu terima politik semasa- Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di Klang, Selangor

KLANG, 4 Ogos- Ahli UMNO perlu menerima realiti politik semasa yang memerlukan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Sekiranya tiada kolaborasi dibuat, mustahil untuk parti itu berada di barisan kepimpinan kerajaan ketika ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan; ahlinya perlu menyedari hakikat bahawa parti itu tidak lagi dominan dan berkuasa penuh.

\”Janganlah kita yang ada di akar umbi yang tujuh ini (menteri dalam kalangan umno) dominan seperti dulu kita ada kuasa sepenuhnya untuk melayani semua permintaan ikut kemunasabahan dulu bukan sekarang, realiti politk baru, kita kena ukur baju di badan sendiri, \”katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di Klang, Selangor.

Mengulas lanjut beliau berkata, Perdana Menteri sentiasa menghargai sumbangan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Ia dibuktikan melalui pelantikan tujuh menteri penuh dan 6 timbalan menteri dalam kerajaan mewakili parti berkenaan.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...