Home Nasional Ahli Parlimen UMNO, BN terikat dengan perjanjian dan akujanji
Nasional

Ahli Parlimen UMNO, BN terikat dengan perjanjian dan akujanji

Ahli Parlimen UMNO, BN terikat dengan perjanjian dan akujanji

Foto BERNAMA

GUA MUSANG, 3 Ogos- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menyatakansetiap Ahli Parlimen (wakil rakyat) UMNO dan BN terikat dengan perjanjian dan akujanji .

Ia termasuk calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani turut terikat dengan ganti rugi dan pampasan atau bon sebanyak RM100 juta jika menang PRK tersebut.

\”Semua calon-calon BN terikat dengan akuan sumpah dan juga perjanjian untuk tidak meninggalkan parti dan jika meninggalkan parti, bon yang harus dibayar semula bernilai RM100 juta\” kata Ahmad Zahid kepada media selepashadir dalam Program Bertemu Mata di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Jerek di sini.

Beliau juga turut memaklumkan UMNO telah menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Dewan Negeri (ADUN) Rembia,Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut ganti rugi serta pampasan sebanyak RM100 juta kerana menyertai PAS.

Pada program yang sama, Ahmad Zahid menerima borang kemasukan ahli baharu UMNO melibatkan 480 ahlidaripada 12 cawangan BERSATU Dewan Negeri (DUN) Nenggiri yang diketuai bekas Timbalan Ketua BERSATU Gua Musang, Che Arrifin Hussin, berkuat kuasa hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....