Home Nasional Ahli Parlimen Belia perlu digilap dari peringkat sekolah, IPT
Nasional

Ahli Parlimen Belia perlu digilap dari peringkat sekolah, IPT

Ahli Parlimen Belia perlu digilap dari peringkat sekolah, IPT

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

KOTA BAHRU, 11 Ogos – Platform khusus di peringkat sekolah atau institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu diwujudkan khusus untuk mendidik kemahiran kepimpinan dalam generasi muda.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berpandangan, ia penting dan perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan dalam memenuhi keperluan pelapis pada masa akan datang.

Beliau berkata, di peringkat Parlimen sendiri terdapat Ahli Parlimen Belia yang sekiranya dilentur dari awal, mampu melahirkan ramai pemimpin muda berkaliber sejajar dengan keperluan negara.

\”Harus ada sifat dalam pemikir kita termasuk guru-guru kita yang mereka sedang lakukan ini adalah bukan sahaja mendidik anak-anak dari segi akademik tetapi mereka sedang melahirkan pemimpin-pemimpin.

\”Satu hari, anak-anak yang diajar itu mungkin akan menjadi Perdana Menteri, sebab itu, dia (guru) kena beri yang terbaik untuk anak-anak kita,\” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu radio Kelantanfm, di sini.

Tambah Johari, akan datang bilangan kerusi Ahli Parlimen Belia juga akan ditingkatkan kepada 222 perwakilan, berbanding hanya 100 ketika ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....