Home Nasional Agrobazaar Rakyat Borong Wann tingkat jualan menerusi transaksi tanpa tunai
Nasional

Agrobazaar Rakyat Borong Wann tingkat jualan menerusi transaksi tanpa tunai

Agrobazaar Rakyat Borong Wann tingkat jualan menerusi transaksi tanpa tunai

Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Perlis

TITI TINGGI, 18 Disember- AgrobazaarRakyat Borong Wann, Perlis yang juga projek perintis pembayaran tanpa tunai kini terus mencatatkan peningkatan jualan menerusi pelaksanaan transaksi tersebut.

Outlet peruncitan bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu merekodkan transaksi jualan mencecah RM130,000 sebulan berbanding hanya sekitar RM50,000 hingga RM60,000 setiap bulan sepanjang tahun 2023.

Menurut PengurusAgrobazaarRakyat Borong Wann, Wan Mohd Shafizan Wan Nan, dengan pelbagai promosi dilaksanakan ke arah pembayaran tanpa tunai.

Ia sekali gus berjaya menggalakkan masyarakat setempat berbelanja dengan memanfaatkan kemudahan teknologi.

Pembayaran tanpa tunai tahun ini disumbangkan menerusi Program MyKasih mencatatkan purata transaksi antara RM60,000 hingga RM80,000 sebulan, manakala bagi pembelian barangan harian antara RM45,000 hingga RM50,000 sebulan.

\”Untuk pembayaran tanpa tunai memang menunjukkan eningkatan berbanding tahun lepas. Sebelum ini pun kita sudah cuba untuk membuat promosi bersama FAMA untuk memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di kawasan luar bandar.

\”Kejayaan sekarang disokong dapabila budak-budak yang datang kedai turut menggunakan pembayaran secara dalam talian. Jadi ibu bapa boleh pindahkan duit dalam akaun bank atau menerusi aplikasi dalam talian. Ia boleh terus digunakan dan peningkatan ini kira-kira 80 hing 90 peratus,\” katanya kepada pemberita di sini.

Kaedah pembayaran tanpa tunai mampu mewujudkan budaya baharu dalam kalangan usahawan FAMA serta meningkatkan hasil jualan khususnya diAgrobazaarKedai Rakyat,AgrobazaarK-Shoppe danAgrobazaarRakyat.

Kini AgrobazaarRakyat Borong Wann menjadi pusat sehenti pemasaran pelbagai produk serta perkhidmatan sekali gus memberi kemudahan dan kepuasan kepada pengguna mendapatkan keperluan harian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....