Home Nasional Agrobank salur RM100,000 kepada rumah kebajikan anak yatim
Nasional

Agrobank salur RM100,000 kepada rumah kebajikan anak yatim

Agrobank salur RM100,000 kepada rumah kebajikan anak yatim

Agrobank salur RM100,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh

KANGAR, 9 November- Sebanyak RM100,000 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Agrobank di Perlis.

Sumbangan berkenaan sempena sambutan 55 Tahun bank berkenaan.

Kira-kira 20 set komputer dan peralatan sekolah diberikan kepada 20 anak yatim yang menghuni rumah kebajikan itu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi, sumbangan yang disalurkan bagi memupuk semangat anak-anak berkenaan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

\”Inisiatif yang dilaksanakan ini juga bagi membentuk sinergi positif antara komuniti khususnya di kalangan golongan memerlukan dan Agrobank sekali gus membuktikan keprihatinan syarikat korporat untuk sama-sama berkongsi rezeki bersama komuniti.

\”Pihak Agrobank turut merancang untuk menyalurkan zakat perniagaan menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha memperkasa golongan yang memerlukan di Perlis selain turut menggalakkan komuniti untuk menabung di Agrobank demi masa depan,\” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Agrobank dengan Penyerahan Komputer dan Peralatan Sekolah di Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Bintong yang turut disertai 40 kakitangan Agrobank dari Kuala Lumpur dan Wilayah Utara.

Sumbangan diterima Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Arshad Bahari mewakili 20 anak yatim di rumah kebajikan berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....