Home Nasional Agong zahir penghargaan kepada warga PDRM sempena Hari Polis ke-218
Nasional

Agong zahir penghargaan kepada warga PDRM sempena Hari Polis ke-218

Agong zahir penghargaan kepada warga PDRM sempena Hari Polis ke-218

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena dengan sambutan Hari Polis ke-218 hari ini, atas pengorbanan dan dedikasi yang disumbangkan dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara.

Seri Paduka Baginda yang juga merupakan Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM bertitah tanpa mengira waktu, anggota PDRM sebagai pasukan keselamatan berdiri di barisan hadapan, mempertaruhkan keselamatan dan nyawa demi menjaga ketenteraman awam, menguatkuasakan undang-undang serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah.

\”Penugasan ini bukannya mudah, namun dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keberanian serta kesungguhan. Rakyat menghargai segala usaha dan jasa warga PDRM yang berkhidmat tanpa mengira siang dan malam.

\”Saya berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta\’ala semoga seluruh warga PDRM terus diberikan kekuatan dan keselamatan dalam setiap tugas yang dipikul,” titah Seri Paduka Baginda menerusi perkongsian di Facebook.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menghargai sumbangan serta jasa pesara-pesara PDRM yang turut berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

Tahun ini, sambutan Hari Polis masih mengekalkan tema \”Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada\”.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....