Home Nasional Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 25 Disember– Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Seri Paduka Baginda, bertitah semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal.

Sultan Ibrahim bertitah, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara.

Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....