Home Nasional Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Diraja
Nasional

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Diraja

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja kira-kira pukul 8.30 malam diikuti Raja-raja Melayu.

Majlis santapan itu turut dihadiri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri-menteri Kabinet, duta-duta asing dan pegawai kanan kerajaan.

Pada majlis berkenaan, Seri Paduka berdua dan hadirin disajikan dengan persembahan Orkestra Tradisional Istana Budaya.

Majlis diadakan sempena pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Dalam istiadat yang berlangsung penuh gilang-gemilang dan penuh tradisi pagi tadi, Sultan Ibrahim telah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...