Home Nasional Agong berangkat ke Makam Diraja sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Nasional

Agong berangkat ke Makam Diraja sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

Agong berangkat ke Makam Diraja sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 11 Ogos-Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena dengan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi baginda, berangkat sama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Hari Hol ialah hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.





Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...