Home Nasional Agenda PAU 2024 diperhalusi, persiapan sedang giat dilakukan
Nasional

Agenda PAU 2024 diperhalusi, persiapan sedang giat dilakukan

Agenda PAU 2024 diperhalusi, persiapan sedang giat dilakukan

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa bertemu Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin bagi berbincang dan memperhalusi agenda perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata, segala persiapan untuk menerima kehadiran para perwakilan dari seluruh negara sedang giat dilakukan.

\”Persidangan Agung UMNO 2024 akan diadakan dari 21 hingga 24 Ogos ini.

\”Persidangan tahun ini, saya jangka akan menjadi lebih meriah dengan pelbagai program seperti Program Ekplorasi Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pameran perkhidmatan, teknologi dan pendidikan juga pastinya gerai jualan yang terhidang buat para perwakilan dan pengunjung.

\”Insya-Allah, kita bersama-sama doakan agar Persidangan Agung UMNO tahun ini dapat berlangsung sempurna dan mencapat matlamatnya,\” katanya.

Ahmad Zahid juga hadir ke Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

Beliau seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi meneliti strategi-strategi terkini.

\”Saya mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW bagi meneliti strategi-strategi terkini serta memastikan gerak kerja kementerian berjalan lancar dan selaras dengan matlamat pembangunan negara.

\”Semoga segala usaha ini akan membawa kepada peningkatan kesejahteraan masyarakat, selari dengan matlamat Kerajaan untuk memajukan negara secara inklusif berlandaskan aspirasi Malaysia MADANI,\” katanya.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...