Home Nasional Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Nasional

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.

“MOT dan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) amat komited untuk memastikan pelan penggantian Aerotrain ini berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan,\” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta perincian status projek system penggantian aerotrain KLIA, termasuk perjanjian baharu dimeterai oleh MAHB serta anggaran kos projek berkenaan.

Mengulas perjanjian baharu itu, MOT berkata MAHB telah memeterai surat perjanjian dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan usaha sama bersama Pestech Technology Sdn Bhd (IJMCPestech JV) pada 12 Jan, 2024 dengan jangkaan projek berkenaan siap pada 31 Mac, 2024.

Bagi menyegerakan garis masa pelaksanaan penggantian aerotrain itu, MAHB juga telah menandatangani suatu perjanjian baharu bersama pihak ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd pada 14 Jun, 2024, bagi memastikan projek ini dapat disiapkan sepenuhnya pada tarikh berkenaan, kata MOT.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....