Thursday , 5 December 2024
Home Nasional Advokasi antigangguan seksual diperluas, KPWKM komited lindungi kanak-kanak
Nasional

Advokasi antigangguan seksual diperluas, KPWKM komited lindungi kanak-kanak

Advokasi antigangguan seksual diperluas, KPWKM komited lindungi kanak-kanak

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Nancy Shukri/BERNAMA

KUCHING, 2 November– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk meneruskan Program Advokasi Anti Gangguan Seksual kepada lebih 10,000 sekolah seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia berikutan masih berlaku kes gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak.

Jelas beliau, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak meningkat 26.5 peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Beliau percaya kemungkinan banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.

\”Mereka menggunakan pelbagai cara. Khususnya, dengan kepesatan teknologi. Maka, yang kita dapat itu hanya mereka yang melaporkan. Awak tidak akan tahu, ia mungkin lebih tinggi daripada itu,\” kata Nancy kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Serahan Tajaan Rakan Strategik Yayasan Kebajikan Negara Malaysia Bagi Anjung Kasih dan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak, di sini.

Selain advokasi, kementeriannya juga sedang menyediakan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menangani pelbagai isu setempat termasuk gangguan seksual.

Related Articles

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi...

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM
Nasional

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM

Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama \’sprmmalaysia\’ yang dikongsi SPRMKUALA LUMPUR,...

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda...

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah
Nasional

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah

Foto MetMalaysiaKUALA LUMPUR, 5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di...