Home Nasional ADUN Johol dirawat di IJN akibat serangan jantung
Nasional

ADUN Johol dirawat di IJN akibat serangan jantung

ADUN Johol dirawat di IJN akibat serangan jantung

Saiful Yazan Sulaiman

SEREMBAN, 23 Ogos- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas tidak sedarkan diri akibat serangan jantung pada petang Rabu lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata Saiful Yazan telah selesai menjalani prosedur angioplasti koronari dan berada dalam pemantauan rapi di Wad Rawatan Jantung (CCU) IJN.

Saiful Yazan dilapor mengalami serangan jantung semasa dalam perjalanan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Beliau sebelum ini diketahui tidak pernah menghidap apa-apa penyakit dan ia merupakan kejadian pertama beliau mengalami serangan jantung.

Saiful Yazan yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah menjadi ADUN Johol sejak 2018 selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tahun lalu.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...